LONDON: Ruben Amorim mendesak pengurusan tertinggi Manchester United agar segera membeli penyerang Sweden, Viktor Gyokeres untuk menguatkan jentera serangan The Red Devils. Penyerang Sporting Lisbon itu sebelum ini bertindak cemerlang menjaringkan banyak gol di bawah kendalian Amorim dan dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford susulan kemerosotan teruk kelab itu. United boleh menyaksikan Marcus Rashford dan Joshua Zirkzee meninggalkan kelab itu ketika jendela perpindahan bulan ini, dengan Rashford berminat untuk berdepan cabaran baharu. Selepas kekalahan 2-0 di tangan Newcastle, Isnin lalu, Amorim membayangkan beliau tidak mampu meningkatkan skuadnya pada musim ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya