MANCHESTER: Pengendali Manchester United, Ruben Amorim mengakui pasukannya ketika ini berdepan cabaran untuk kembali dihormati selepas tewas 3-2 kepada Nottingham Forest dalam saingan Liga Perdana Inggeris, kelmarin. Dalam aksi di Old Trafford itu, Rasmus Hojlund memadamkan gol awal Nikola Milenkovic tetapi Morgan Gibbs-White dan Chris Wood meletakkan pelawat di depan biarpun Bruno Fernandes berjaya merapatkan kedudukan. Kemenangan itu merupakan yang pertama buat Forest di Old Trafford sejak 1994, membolehkan mereka melonjak ke tangga kelima carta liga manakala United terdampar di tangga ke-13. Amorim bermula positif dalam kariernya sebagai pengurus United…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya