PETALING JAYA: Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) hanya mensasarkan dua pingat emas pada Sukan SEA Thailand yang akan berlangsung pada 9 hingga 20 Disember 2025 ekoran tindakan tuan rumah mengurangkan empat acara menjadikan 10 acara keseluruhan. Timbalan Presiden MGF, Kau Git Kaur berkata, pihaknya telah menyatakan bantahan terhadap tindakan tuan rumah itu malah turut mendapat sokongan daripada negara lain memandangkan tindakan tersebut disifatkan sebagai membunuh karier atlet. “Minggu lalu, saya mesyuarat di Bangkok dan saya pun ada bangkitkan perkara ini. Sebenarnya perkara ini tidak betul kerana setiap pingat dikurangkan bermaksud kita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya