PETALING JAYA: Di tengah desas-desus yang kian hangat mengenai pencarian ketua jurulatih beregu lelaki oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), bekas jaguh badminton Denmark, Mathias Boe, tampil memberikan penjelasan. Spekulasi tercetus apabila difahamkan BAM berminat mendapatkan bekas jurulatih India itu untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengganti Tan Bin Shen, yang akan melepaskan jawatan pada 13 Januari depan. Nama Mathias disebut-sebut sebagai calon ideal untuk memperkukuhkan prestasi beregu lelaki Malaysia, menurut khabar angin yang semakin meluas. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mathias dengan tenang menepis segala telahan, menyatakan bahawa tiada perbincangan atau rundingan rasmi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya