PETALING JAYA: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente tidak dapat menyembunyikan rasa kekecewaan yang dialaminya selepas melihat pasukannya sekadar seri 2-2 menentang Kemboja dalam aksi pembukaan Kumpulan A Piala ASEAN 2024, kelmarin. Pau Marti berkata, Harimau Malaya turun ke Stadium Olimpik, Phnom Penh dengan mentaliti mendapatkan tiga mata malah turut meletakkan jangkaan menerima tentangan sengit daripada skuad kendalian Koji Gyotoku namun bukan itu keputusan yang dimahukan. Pengendali dari Sepanyol itu bagaimanapun memuji semangat juang pemainnya apabila kekal bersemangat mendapatkan gol walaupun pada suatu ketika tuan rumah hampir berjaya mengaibkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya