PETALING JAYA: Pesilat negara, Ahmad Fauzan Abdul Hadi mahu terus menambah pingat emas dalam koleksi selepas mengungguli pada penampilan sulungnya di Kejohanan Pencak Silat Dunia di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, minggu lalu. Atlet kelahiran Sungai Petani itu berjaya memikat hati juri dengan memperoleh 9.960 mata untuk menewaskan wakil Indonesia, Syarief Hidayatullah Suhaimi, yang memperoleh 9.940 mata dalam kategori solo kreatif putera sekali gus muncul atlet pertama meraih pingat emas pada kejohanan itu. Fauzan berkata, kejayaan memenangi pingat emas itu menjadi motivasi buat beliau untuk terus mencipta kejutan dalam kejohanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya