LONDON: Chelsea bangkit dari ketinggalan dua gol sebelum menewaskan Tottenham 4-3 sekali gus merapatkan jurang empat mata dengan pendahulu Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris pagi ini. Dominic Solanke dan Dejan Kulusevski meletakkan Spurs selesa di depan seawal minit ke-11, namun Jadon Sancho bingkas dengan jaringan gol untuk mengurangkan defisit. Chelsea kembali menghangatkan saingan apabila Cole Palmer menyamakan kedudukan dengan jaringan penalti pada minit ke-61 dan Enzo Fernandez memastikan The Blues menguasai kedudukan perlawanan 12 minit kemudian. Palmer kemudian mengukuhkan kedudukan Chelsea dengan jaringan penalti sebelum Son Heung-min menghadiahkan gol…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya