KUALA LUMPUR: Memegang status selaku pilihan kelima, Ayesha Rania Syed Kebir tidak menduga sama sekali penyertaan terakhirnya pada Kejohanan Skuasy Remaja Antarabangsa REDtone Kuala Lumpur (KL) 2024 meninggalkan kenangan manis untuknya apabila merangkul gelaran kategori perempuan bawah 19 tahun. Dalam aksi final kategori premium itu di Pusat Skuasy Nasional Jalan Duta, dekat sini, Ayesha Rania mengejutkan pilihan ketiga, Keira Hickox dari Kanada 11-3, 11-3, 12-10. Hickox merupakan anak kepada bekas jurulatih skuasy Malaysia, Jamie Hickox yang kini melatih skuad kebangsaan Singapura. Bagi Ayesha Rania, kejayaan yang dilakarnya itu adalah kemenangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya