PETALING JAYA: Pemain peseorangan lelaki No. 1 negara, Lee Zii Jia layak ke Jelajah Dunia Akhir tahun ini walaup;un terkandas seawal pusingan pertama di tangan pemain India sedang meningkat naik, Lakshya Sen pada Kejohanan Badminton China Masters di Shenzen. Bintang No. 7 dunia itu terpaksa akur kepada pemain di ranking ke-17 dunia tersebut 14-21, 21-13, 13-21 dalam masa 57 minit. Turut menerima nasib serupa seorang lagi wakil perseorangan Malaysia, Leong Jun Hao yang gagal mengekalkan rentak konsisten apabila tumpas kepada wakil Jepun, Takuma Obayashi 12-21, 11-21 dalam masa 38 minit.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya