PETALING JAYA: Kehadiran pakar pukulan sudut penalti, Sohail Abbas nampaknya membuahkan hasil apabila skuad remaja hoki negara berjaya mencatat kemenangan dalam dua perlawanan pertama Kumpulan B Piala Remaja Asia 2024. Pada aksi pertama skuad kendalian I Vikneswaran itu berjaya menewaskan China 5-2 pada Selasa lalu sebelum Young Tigers membelasah tuan rumah, Oman 9-1 di Stadium Hoki Oman, Muscat semalam. Berdasarkan dua perlawanan tersebut, Malaysia diberi 13 pukulan sudut penalti dan berjaya menterjemahkan tujuh daripadanya untuk menghasilkan gol dan kini berada di landasan terbaik untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya