SAO PAULO: Juara dunia tiga kali Max Verstappen mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk mengukuhkan penguasaan memburu gelaran dunia Formula Satu apabila menjuarai Grand Prix Brazil walaupun memulakan perlumbaan di petak 17. Pemandu pasukan Red Bull itu yang kemarau juara sejak Grand Prix Sepanyol, Mei lalu tidak menghiraukan litar basah dilanda hujan untuk memecut ke garisan penamat dan meraikan kemenangan podium ke-62 dalam kariernya, sekali gus menafikan pencabar terdekat Mclaren, Lando Norris yang mengakhiri saingan tempat keenam. Kemenangan itu membolehkan Verstappen mengumpul 393 mata meninggalkan Norris 331 mata dengan tiga lagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya