JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio menjangkakan anak buahnya berdepan tugas mencabar untuk membawa pulang tiga mata apabila berentap dengan Shandong Taishan FC pada aksi kumpulan Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), malam ini. Bidoglio mengakui kelab Liga Super China (CSL) itu merupakan lawan yang hebat kerana dibarisi pemain kebangsaan China pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026, baru-baru ini. Katanya, faktor cuaca yang sejuk juga akan menjadi cabaran bagi skuad Harimau Selatan yang tiba lebih awal di China bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran sebelum aksi sebenar.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya