PETALING JAYA: Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Scott O’Donell tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya susulan kegagalan skuad bawah 16 tahun (B-16) dan bawah 19 tahun (B-19) negara pada kempen Kelayakan Piala Asia tahun ini. Kedua-dua skuad remaja negara itu gagal dalam misi masing-masing yang menyaksikan skuad B-16 menamatkan kempen kelayakan di Laos di tangga kedua dengan satu mata sementara skuad B-19 berada di tangga keempat pada aksi di Tajikistan. Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram berkata, O’Donell sudah menjalankan tugasnya dengan baik dan FAM akan mencari langkah terbaik untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya