PETALING JAYA: Selangor FC akan berwaspada dengan ancaman Jeonbuk Hyundai Motors FC dalam perlawanan pusingan kedua Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Piala Dunia Jeonju, esok. Ini kerana tuan rumah pastinya menurunkan skuad terbaik bagi membalas dendam atas kekalahan 1-2 kepada Selangor dalam perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 23 Oktober lalu. Pengurus Selangor FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid berkata, Gergasi Merah akan turun dengan misi untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata, namun kemenangan merupakan matlamat utama pasukan. Katanya, pemain sudah diingatkan tentang kekuatan wakil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya