LONDON: Penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah memberi bayangan akan meninggalkan The Reds pada hujung musim ini selepas meraih pelbagai kejayaan bersama kelab itu. Salah berkata, dia tidak akan melupakan perasaan seronok menjaringkan gol di Anfield, tidak kira apa yang berlaku selepas ini (merujuk kepada ‘gosip’ perpindahannya). Salah memastikan Liverpool berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan jaringan kemenangan ketika meraih kemenangan 2-1 ke atas Brighton, Sabtu lalu. Jaringan kesembilan pemain berusia 32 tahun itu musim ini membuktikan betapa penting dirinya untuk Liverpool yang sedang memburu gelaran liga pertama sejak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya