LAS VEGAS: Pelumba pasukan Mercedes, George Russell mencatat masa terpantas untuk memulakan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Las Vegas di petak depan manakala pendahulu kejuaraan, Max Verstappen bermula di petak kelima. Sementara itu, pelumba pasukan Ferrari, Carlos Sainz di petak kedua di depan Pierre Gasly dari pasukan Alpine dan Verstappen bernasib baik berada satu petak di depan pencabar terdekatnya, Lando Norris dari McLaren di petak enam. Verstappen yang menjuarai perlumbaan di Las Vegas pada 2023, mendahului Norris dengan 62 mata dengan baki tiga lagi perlumbaan tetapi dia hanya perlu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya