IKHTIAR ke-30 Belanjawan 2025 memberikan tumpuan khusus kepada pembangunan tanah wakaf. Perhatian khusus kepada pembangunan tanah wakaf menunjukkan kesediaan kerajaan dalam melakukan intervensi yang serius di peringkat Persekutuan bagi memanfaatkan tanah-tanah wakaf. Ini memandangkan isu dan penggunaan harta wakaf masih lagi satu permasalahan yang belum selesai dan sentiasa berkembang. Wakaf merupakan salah satu instrumen sedekah berdasarkan prinsip dan syarat-syarat tertentu. Pemberi wakaf sememangnya mengharapkan harta yang diwakafkan dapat dimanfaatkan, seterusnya dikembangkan demi kebaikan dan manfaat masyarakat secara umum. Itulah niat dan tujuan sebenar instrumen ini. Dalam konteks semasa, wakaf harta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya