PADA hujung minggu ini saya sedang berada di Lorong B, Aulong Lama, Taiping, Perak. Tujuannya ialah mewawancara sekitar 10 orang penduduk di lorong ini untuk mengetahui pengalaman dan kenangan mereka tinggal di sini pada 1980-an dan 1990-an. Sebagaimana dinyatakan dalam rencana Ambil tahu serba sedikit sejarah kampung kita (Utusan Malaysia, 23 September 2023) dan Membawa sejarah setempat ke layar perak (Utusan Malaysia, 21 September 2024), saya mahu mendokumentasi kisah penduduk di sini. Sejak lahir pada Jun 1972, di lorong inilah saya membesar bersama jiran tetangga sebelum keluarga berpindah ke Klang,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya