GEORGE TOWN : Pengendali baharu Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail sedang mencongak strategi paling ampuh untuk memerangkap Kuching City FC dalam aksi timbal balik pertama saingan pusingan kedua Piala Malaysia di laman sendiri, Khamis ini. Menurut bekas penyerang kebangsaan yang juga pernah beraksi sebagai pemain pertahanan itu, dia perlu menyiapkan pasukannya dengan baik sebelum turun melayan kunjungan pasukan berpangkalan dari Sarawak itu. “Seperti yang kita sedia maklum, Piala Malaysia sekarang menggunakan sistem ‘knock-out’ (kalah mati). “Jadi, saya memerlukan perancangan yang rapi untuk menghadapi kedua-dua perlawanan (termasuk timbal balik kedua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya