PETALING JAYA: Bekas pembantu pengendali skuad kebangsaan Serbia, Katsuhito Kinoshi menjadi pilihan Selangor FC untuk mengisi kekosongan ketua jurulatih pasukan berkenaan. Selangor FC dalam perkongsiannya di laman web rasmi kelab itu berkata, Kinoshi mempunyai pengalaman luas di arena antarabangsa terutamanya dalam aspek taktikal dan strategi selain kepemimpinan berpasukan akan menjadi faktor utama memburu kejayaan pada musim ini. Menurutnya, kepakaran dan pengalaman yang ada pada jurulatih kelahiran Jepun itu turut menarik minat beberapa jurulatih luar ternama untuk mendapatkan kerjasamanya antaranya jurulatih skuad Serbia, Dragan Stankovic, Giovanni van Bronckhorst dan Akira Nishino.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya