PETALING JAYA: Kerjasama pasukan serta gandingan pemain yang sudah lama beraksi bersama telah menjadi rahsia kejayaan kepada Negeri Sembilan Antlers untuk menjuarai Liga Sepak Takraw (STL) buat kali kedua berturut-turut. Negeri Sembilan Antlers mempertahankan kejuaraan dengan menewaskan Kuala Lumpur Thunder 2-0 di Stadium MBSJ, Serdang Jaya, kelmarin dan pengurus pasukannya, Rahimy Rahim mengakui gembira dengan dengan kejayaan pasukannya. “Alhamdulillah, tahun ini rezeki sekali lagi berpihak kepada kami. Pemain memberikan kerjasama dengan baik sepanjang kejohanan malah mereka juga sudah lama bergandingan bersama. “Untuk aksi final ini, kami ada memberitahu kepada pemain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya