TANAH MERAH: Kira-kira 13,766 pengguna Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) terjejas selepas paip air mentah bersaiz 700 milimeter pecah menyebabkan operasi di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Remah, di sini terpaksa dihentikan. Jurucakap AKSB dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, kejadian itu berlaku susulan mendapan dan pergerakan di kawasan loji tersebut ekoran hujan lebat berterusan. “AKSB akan menggerakkan semaksima mungkin lori-lori tangki sedia ada untuk penghantaran bekalan air ke kawasan kritikal seperti hospital, klinik kesihatan, pusat dialisis dan lain-lain,” katanya. Antara kawasan terjejas ialah sekitar bandar Tanah Merah, Hospital Tanah Merah,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya