Thuchel semakin hampir kemudi skuad England

Thuchel semakin hampir kemudi skuad England

THOMAS TUCHEL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
LONDON: Bekas pengurus Bayern Munich, Thomas Tuchel semakin hampir dilantik sebagai pengurus baru skuad Three Lions selepas bersetuju dengan syarat perjanjian dengan Persatuan Bolasepak (FA) England, lapor media Britain dan Jerman.
 The Times, Sky Sports, BBC dan akhbar Jerman, Bild dalam laporan masing-masing berkata, Tuchel, 51, akan dinamakan pengganti Gareth Southgate.
FA bagaimanapun enggan memberi reaksi terhadap laporan itu, namun berkata, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Bullingham akan mengemaskini perkembangan tersebut di Stadium Wembley selepas semuanya disahkan terlebih dahulu.
Bekas pengendali Bayern yang berasal dari Jerman itu akan menjadi pengurus asing ketiga kepada Three Lions selepas Sven-Goran Eriksson dan Fabio Capello jika bersama England.
Laporan Sky Sports turut menyebut Tuchel akan menandatangani kontrak selama 18 bulan bermula Januari 2025 hingga Piala Dunia 2026.
Tuchel sebelum ini pernah menjulang kejuaraan bersama beberapa kelab antaranya Borussia Dortmund, Paris Saint-Germain, Chelsea dan Bayern dan dia menjadi harapan FA untuk membantu menamatkan kemarau 58 tahun England untuk memenangi kejohanan utama.
Usaha FA itu bagaimanapun mengundang beberapa pihak mengkritik badan itu kerana tidak mempercayai kewibaan jurulatih dalam kalangan anak tempatan. – AFP/UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN