PETALING JAYA: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menganggap ‘ketumpulan’ aspek fizikal menyumbang kekalahan kepada beregu ‘kerdil’ Thailand dalam aksi pusingan pertama Terbuka Denmark 2024, kelmarin. Biarpun masih dibuai dengan kemanisan merangkul gelaran Terbuka Arctic 2024, Ahad lalu, Izzuddin mengakui itu bukan alasan tewas, sebaliknya mahu meningkatkan mental dan fizikal mereka. “Kami enggan memberi alasan terhadap kekalahan kami hari ini (kelmarin). “Kami sudah mencuba yang terbaik, namun mereka bermain lebih baik daripada kami. Justeru, kami perlu memperbaiki terutamanya dari aspek mental dan fizikal,” kata Izzuddin kepada BWF…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya