PARIS: Hanya selepas beberapa jam bekas pengurus Liverpool dilantik sebagai ketua operasi bola sepak Red Bull, pengeluar minuman bertenaga itu dikaitkan dengan bidaan untuk mengambil alih kelab divisyen dua Perancis, Paris FC. Menurut sumber dalaman, pada masa ini Red Bull dan kelab berkenaan yang sebahagian saham milik Arnault, keluarga kaya yang menguasai syarikat jenama terkenal LVMH sedang berbincang mengenai perkara itu. Bagaimanapun, keluarga Arnault dan Paris FC enggan mengulas mengenainya. Sementara itu, Presiden Paris FC, Pierre Ferracci, 72, yang menjawat jawatan itu sejak 2012 dan juga selaku pemegang majoriti saham…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya