LONDON: Pemain tengah Juventus, Paul Pogba menafikan dia seorang penipu walaupun bertanggungjawab terhadap kegagalan ujian doping yang melarangnya daripada beraksi. Penggantungan selama empat tahun dikurangkan kepada 18 bulan awal bulan ini selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menerima alasan pengambilan terhadap bahan larangan tersebut secara tidak sengaja. Pemain berusia 31 tahun itu digantung oleh Agensi Anti-Doping Kebangsaan Itali (NADO Italia) pada September 2023 susulan positif DHEA, bahan larangan yang mampu meningkatkan tahap testosteron. “Ini bukan diri saya, saya bukan seorang penipu. Saya seorang yang mencintai sukan saya, saya cintakan permainan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya