WARSAW: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ketiganya dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas membantu Portugal mengekalkan rekod bersih dengan kemenangan 3-1 ke atas Poland pagi ini. Bernardo Silva dan Ronaldo masing-masing menjaringkan gol untuk meletakkan Portugal 2-0 dalam babak awal, namun Poland kembali bangkit merapatkan jurang menerusi Piotr Zielinski pada minit ke-77 sebelum jaringan sendiri tuan rumah, Jan Bednarek pada minit ke-88 memuktamadkan kemenangan Portugal sehingga wisel penamat. Portugal berada di depan seawal minit ke-26 selepas Ruben Neves melorong bola kepada Bruno Fernandes yang kemudiannya pantas menolaknya ke arah Silva yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya