PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menganggap kemenangan selesa 3-0 ke atas Selangor FC dalam saingan Liga Super kelmarin sebagai noktah untuk menjulang kejuaraan musim ini. Sebaliknya, pengendali JDT, Hector Bidoglio berkata, perjalanan skuad Harimau Selatan masih jauh dan perlu mengekalkan konsisten sehingga musim ini berakhir untuk mengesahkan kejuaraan milik mereka. Bagaimanapun, kemenangan ke atas Selangor yang berada di tangga kedua Liga Super sangat penting untuk mereka menjarakkan lagi kedudukan untuk menjulang trofi Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut. “Semua perlawanan awal sukar, jadi tiga mata adalah sangat penting…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya