KANGAR: Penampilan kali pertama Muhammad Hafizuddin Roslin di pentas antarabangsa mencetuskan sensasi apabila merangkul tiga pingat emas dalam acara angkat berat kategori 81 kilogram (kg) pada Kejohanan Egat King’s Cup (Junior) 2024 di Phayao, Thailand, semalam. Lebih membanggakan, Muhammad Hafizuddin, 20, juga turut memecahkan rekod kebangsaan miliknya dengan angkatan keseluruhan 334kg, tidak sampai tiga bulan selepas melakukannya di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak. Pada Sukma Sarawak baru-baru ini, anak Perlis itu mencetuskan fenomena luar biasa selepas memecahkan rekod kebangsaan sebanyak lapan kali dalam acara angkat berat kategori 81kg dengan angkatan keseluruhan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya