APABILA berkumandangnya lagu Tanggal 31 Ogos, apa yang terlintas dalam fikiran kita adalah hari kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Stadium Merdeka ataupun laungan merdeka sebanyak tujuh kali. Namun ada satu lagi peristiwa penting yang kita sering lupakan iaitu pengisytiharan Rukun Negara. Pada 31 Ogos 1970, pemasyhuran Rukun Negara sebagai Pengisytiharan Diraja disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong keempat. Pengisytiharan Rukun Negara dibuat ekoran daripada rusuhan kaum yang tercetus pada 13 Mei 1969. Dilaporkan 196 orang kehilangan nyawa, dengan ratusan orang lagi mengalami kecederaan. Kerosakan bangunan, tempat tinggal dan harta benda…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya