THAILAND sejak abad ke-17 lagi berangan-angan menggali terusan sepanjang 90 kilometer untuk menghubungkan Laut Andaman dengan Teluk Thailand di Segenting Kra, Selatan Thailand. Tujuan projek ini bagi menyediakan laluan perdagangan baharu yang akan memintas Singapura dan Selat Melaka. Projek terusan ini kerap dibincangkan bertahun-tahun lamanya oleh kerajaan Thailand tetapi kos projek yang tinggi menjadi penghalang utama. Namun baru-baru ini mereka membuat keputusan untuk mengubah skop projek tersebut. Mereka bercadang untuk membina jambatan darat. Projek ini dijangka menelan belanja sebanyak AS$28 billion dengan objektif menghubungkan dua pelabuhan laut dalam di pantai timur dan barat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya