SABAN hari apabila berkumpul, kita sering bercakap tentang hal ekonomi. Sambil menghirup minuman panas di kedai kopi, ada yang serius berbincang tentang harga diesel bersumberkan apa yang tertera di media sosial. Masing-masing membuat tafsiran sendiri tanpa perlu merujuk fakta sebenar. Ada pula yang mempersendakan penurunan harga telur sebanyak tiga sen. Terlalu sedikit, kata mereka. Namun, mereka jugalah yang lantang membantah jika berlaku kenaikan harga telur sebanyak satu sen. Walau apa pun, masih ramai yang merasa lega dan bersyukur. Kita mengeluh tentang harga makanan yang semakin mahal tetapi tidak berkira ketika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya