PETALING JAYA: Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf) akan membuat permohonan kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Oktober ini bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai badan sukan di bawah jawatankuasa tersebut. Setiausaha Agung Istaf, Datuk Abdul Halim Kader berkata, pihaknya sudah memenuhi segala kriteria yang diperlukan dan pengiktirafan tersebut sangat penting kerana ia menjadi penentu untuk sukan sepak takraw layak dipertandingkan di Sukan Olimpik. Abdul Halim berkata, selepas pengiktirafan itu diperolehi, pihaknya akan melobi untuk memastikan sukan sepak takraw diterima untuk dipertandingkan di pentas Olimpik dengan acara beregu dan regu akan diberikan keutamaan pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya