MALAYSIA dikelilingi lautan dan mempunyai lebih daripada 4,600 kilometer (km) pantai yang bersempadan dengan lautan utama seperti Selat Melaka, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi. Malah Laut Andaman dan Lautan Hindi juga bersambungan dengan pantai Malaysia. Kawasan pantai Malaysia sangat signifikan dan berkepentingan dalam keselamatan, ekonomi, alam semula jadi dan kemakmuran negara. Ia sangat perlu diberi perhatian khusus oleh kerajaan, terutamanya dari segi pengetahuan dan penyelidikan berkaitan sains marin, kebergantungan penduduk tempatan kepada kestabilan habitat dan sumber semula jadi, kepelbagaian biologi serta hal-hal berkaitan dengan undang-undang tempatan juga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya