ITALI: Itali memperoleh tonik terbaik dalam misi mempertahankan Kejuaraan Eropah (Euro 2024) selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Bosnia & Herzegovina pada aksi persahabatan, semalam. Rembatan voli Davide Frattesi tujuh minit sebelum rehat sudah cukup untuk Itali mencipta kemenangan apabila beraksi dalam keadaan cuaca hujan lebat di Empoli. Skuad Azzurri bermain lebih baik berbanding pertemuan menentang Turkiye yang disifatkan bosan selepas seri tanpa jaringan apabila dua percubaan Gianluca Scamacca dinafikan penjaga gol Bosnia, Kenan Piric. “Saya sebenarnya boleh menjaringkan lebih banyak gol jadi masih banyak perkara yang perlu diperbaiki. Kami…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya