England 'tekan' diri sendiri - Rice 

England ‘tekan’ diri sendiri – Rice 

PENYERANG England, Harry Kane berlatih bersama rakan sepasukan di Blankenhain, Jerman. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: England meletakkan terlalu banyak tekanan pada diri sendiri selepas pasukan Gareth Southgate seri dengan Denmark dalam perlawanan kedua kumpulan dalam Euro 2024.

Biarpun England menerajui Kumpulan C tetapi pasukan itu dikritik hebat susulan prestasi mereka selepas seri 1-1 Jumaat lalu menentang Denmark dan kemenangan tipis 1-0 ke atas Serbia dalam aksi pembukaan.

Pemain tengah Arsenal, Declan Rice berkata, skuad itu terdesak untuk membanggakan negara dan mencari kejayaan di Eropah.

“Kami semua sangat ingin menang, muncul juara, keluar dari sana dan memberi kenangan yang akan diingati seumur hidup.

“Kadang-kadang saya mungkin berasa seperti kita terlalu menekan diri sendiri di mana kita boleh pergi ke sana dan membiarkannya semuanya berjalan dengan sendirinya.

“Kita tahu kita boleh menjadi lebih baik dalam dan luar kawalan bola dan masih banyak yang perlu diperbaiki dan menjadikannya sesuatu yang positif,” kata Rice.

Untuk rekod, edisi lalu menyaksikan England mara ke final di Euro 2020 dan hampir menamatkan penantian Three Lions selama 58 tahun untuk merangkul trofi utama.

England yang hadir dengan barisan pemain-pemain terbaik dunia antara penyerang seperti Jude Bellingham, Harry Kane, Phil Foden, dan Bukayo Saka, Three Lions menjadi salah satu pasukan pilihan untuk memenangi Euro 2024.

“Saya fikir mungkin terdapat lebih banyak tekanan sekarang dari luar hanya kerana musim yang dilalui beberapa pemain kami.

“Jika anda melihat gol yang dicetak oleh empat penyerang utama kami tahun ini, jumlahnya melebihi 100. Tentu saja ada harapan kerana mereka adalah pemain terbaik di dunia dan itu berlaku untuk setiap orang dalam pasukan.

“Tekanan akan wujud. Ini adalah England dalam kejohanan besar tetapi ini adalah tugas kami dan ini adalah apa yang kami harus hadapi,” tambahnya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN