PETALING JAYA: Pemain badminton perseorangan No. 1 negara, Lee Zii Jia hanya selangkah lagi untuk merangkul gelaran pertamanya musim ini selepas mara ke perlawanan akhir Terbuka Thailand di Bangkok, Thailand, sebentar tadi. Bintang No. 10 dunia itu menundukkan pemain veteran Taiwan, Chou Tien Chen menerusi kemenangan dalam aksi yang berlanjutan sehingga set penentuan 18-21, 21-12, 21-13 dalam masa 1 jam 6 minit. Kejayaan itu juga menyaksikan anak jati Kedah berusia 26 tahun tersebut menyamakan rekod pertemuan 5-5 dengan Tien Chen yang merupakan pemain No. 14 dunia. Pernah menjuarai Terbuka Thailand…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya