KUALA LUMPUR: Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai menyifatkan kejayaan menjulang gelaran Kejohanan Badminton Malaysia Masters di hadapan penyokong sendiri merupakan kenangan cukup manis dan sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Beregu campuran No. 18 dunia itu menundukkan pilihan ketiga, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dari Indonesia 21-18, 21-19 dalam masa 47 minit pada perlawanan akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil, dekat sini. Kejayaan tersebut juga menyaksikan pasangan pengantin baharu itu membawa pulang pingat emas dan hadiah wang tunai bernilai AS$33,180 (RM156,267). Kali terakhir wakil negara memenangi Malaysia Masters dalam saingan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya