PETALING JAYA: Skuad ragbi lelaki tujuh sebelah (7s) negara meraih tonik terbaik menjelang persiapan untuk menghadapi Kejohanan Siri Asia 7s pada September dan November nanti apabila muncul juara pada SEA 7s di Singapura, kelmarin. Pada aksi SEA 7s atau dikenali sebagai Kejohanan Tujuh Sebelah Asia Tenggara itu, skuad kendalian Nik Safuan Ismade Nik Man mempamerkan persembahan cukup baik apabila menewaskan pasukan tuan rumah, Singapura A 140-10 dalam aksi final. Kemenangan berkenaan sekali gus mengubati kekecewaan skuad Bunga Raya apabila mereka pada edisi sebelum ini di Thailand sekadar muncul naib juara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya