Siti idam pingat emas Terbuka Malaysia - Utusan Malaysia

Siti idam pingat emas Terbuka Malaysia

SITI Safiyah mahu mencapai impiannya semula untuk merangkul pingat emas dalam acara perseorangan yang dimenangi 19 tahun dahulu pada Kejohanan Boling Terbuka Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh boling negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman mahu menawan semula kejuaraan Terbuka Malaysia yang sedang berlangsung selepas kemarau kemenangan 19 tahun dalam kariernya.

Atlet berusia 33 tahun itu berkata, dia menaruh harapan dan komitmen yang tinggi menjelang saingan Terbuka Malaysia selepas bertahun lamanya tidak meraih emas di tanah air sendiri.

“Kali terakhir saya juara pada tahun 2005 semasa berumur 14 tahun. Kalau diberi peluang untuk memenangi sekali lagi saya amat gembira.

“Bertahun lamanya saya tidak mempertahankan kejua­raan Terbuka Malaysia. Saya berharap dan optimis tahun ini kejohanan ini akan menjadi milik saya,” katanya.

Pada Kejohanan Dunia tahun lalu, pasukan Malaysia terlepas pingat emas dalam acara berpasukan selepas tewas di tangan Korea Selatan di Kuwait.

Siti turut kempunan emas di kejohanan terbabit selepas ter­singkir di pusingan kedua pada acara perseorangan dan trio tahun lalu.

Dalam pada itu, Siti sebagai pemain kedua senior selepas Esther Cheah berkata, pemain pelapis muda perlu ada pe­ngalaman dalam kejohanan antarabangsa untuk merampas emas kembali pada kejohanan dunia tahun ini dalam acara berpasukan.

Menurutnya, beliau bersama Esther mengakui komunikasi antara pemain muda saban hari semakin baik, namun perlu dipertingkatkan lagi.

“Pemain yang lain perlu lebih banyak bertanding di kejohanan antarabangsa supaya mudah untuk komunikasi dengan yang lain.

“Kami banyak membantu memberi nasihat kepada mereka ketika latihan mahupun sai­ngan kejohanan,” katanya.

Untuk rekod, pada boling Terbuka Malaysia 2023, Siti ter­singkir pada pusingan kedua dan Nora Lyana Nastasia menduduki tempat ketiga dalam acara perseorangan wanita. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya