SEPERTI kambing dikuliti hidup-hidup, begitulah rasanya apabila melihat ikatan perpaduan yang terbina puluhan tahun di negara ini semakin punah. Sangat menyedihkan apabila melihat sentimen perkauman semakin banyak dimainkan di pelantar media sosial. Trend baharu yang semakin berleluasa ialah perbuatan merendah-rendahkan kaum tertentu dengan melabelkan type M, type C dan type I. Perbuatan tidak bermoral ini mengingatkan kita bagaimana orang Afrika di Amerika Syarikat (AS) pada suatu ketika dahulu dilabelkan sebagai Kunta Kinte, ekoran daripada nama seorang watak orang Afrika dalam novel Roots (1976). Ketika dunia bergerak pantas, cuba mencapai pembangunan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya