KUALA LUMPUR: Perlawanan yang dikurangkan setakat 25 over masih memerangkap Perlis untuk mencari kemenangan pertama apabila tewas dengan 51 larian kepada Selangor dalam Kejohanan Kriket Antara Negeri di Victoria Oval di sini semalam. Perlawanan 40 over terpaksa dikurangkan berikutan gangguan masa setelah pengadil Sivan Narayanan dan Mathan Kumar Muniandy mendapati padang basah dan laluan pembaling licin bagi aksi dimulakan awal. Selangor yang memenangi undian, segera memilih jalan selamat untuk memukul dan nyata ia menguntungkan apabila pasukan itu mengetuk sehingga 184-9 dalam peruntukan maksimum. ”Ini sebagai pengubat keresahan setelah empat pemukul…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya