LONDON: Liverpool menjangkakan penyerang sensasinya, Mohamed Salah kekal di Anfield pada musim depan untuk melengkapkan baki kontrak setahunnya. Bintang Mesir berusia 31 tahun itu ketika ini tidak memberikan sebarang petanda dia mahu meninggalkan Liverpool yang turut tidak berhasrat menjual pemain itu. Sebelum ini, Salah terbabit pertelagahan tepi padang dengan pengurus Jurgen Klopp ketika bersiap sedia masuk sebagai pemain gantian ketika seri 2-2 di West Ham. Situasi berkenaan menjadi perdebatan hangat dalam kalangan peminat The Reds dan ramai yang menjangkakan ada sesuatu yang tidak kena antara Salah dan Klopp. “Akan ada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya