KUALA LUMPUR: Malaysia kehilangan seorang lagi permata badminton tanah air setelah pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016, Chan Peng Soon mengumumkan persaraannya pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini. Tunduk seawal pusingan pertama, Peng Soon yang bergandingan dengan Cheah Yee See dalam saingan beregu campuran tewas straight set kepada gandingan muda China, Cheng Xing-Li Qian 10-21, 6-21. Kekalahan itu menjadi titik noktah kepada karier Peng Soon, 36, selama 18 tahun dan Yee See turut mengikut jejak langkah seniornya itu untuk bersara seawal usia 29…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya