KUALA LUMPUR: Hasrat Malaysia untuk melakar kejayaan hatrik di Piala Dunia Sepak Takraw 2024 tidak kesampaian apabila anak-anak buah Ahmad Jais Baharun tumpas 1-2 kepada Thailand di final, semalam. Kekalahan itu juga menyaksikan kemarau untuk menamatkan badi kekalahan kepada Thailand dalam acara berpasukan terus berpanjangan selepas kali terakhir Malaysia menang ke atas Thailand ialah pada Sukan SEA Manila 1991. Bagaimanapun, secara keseluruhan persembahan skuad sepak takraw negara wajar mendapat pujian selepas bergelar juara dunia dalam acara beregu dan regu selain bergelar naib juara dalam acara berpasukan. Dalam aksi final berpasukan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya