UMUM mengetahui betapa rasuah di negara ini menghalang kita dalam merealisasikan potensi penuh rakyatnya buat sekalian lama. Sebagai contoh, skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang digelarkan oleh Transparency International (TI) sebagai salah satu skandal rasuah terbesar di dunia, yang telah mencalarkan nama Malaysia di mata dunia akibat salah urus kewangan dan rasuah. Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) menganggarkan sekitar AS$4.5 bilion (RM21.28 bilion) telah diselewengkan dari 1MDB. Kendatipun begitu, kesan rasuah tidak hanya terhad kepada implikasi kewangan semata-mata. Malahan, rasuah juga mampu merosakkan fabrik sosial negara. Sebagai contoh, Indeks Persepsi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya