LONDON: Chelsea menyukarkan harapan Tottenham Hotspur untuk bersaing ke Liga Juara-Juara selepas mencatat kemenangan 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) hari ini. Trevoh Chalobah menyumbat gol pertama Chelsea sebelum Nicolas Jackson mengukuhkan kedudukan tuan rumah. Selepas tewas kepada Arsenal dan Newcastle, Spurs yang menghuni tangga kelima liga ketinggalan tujuh mata di belakang Aston Villa yang berada di tangga keempat. Spurs mempunyai baki empat perlawanan manakala Villa tiga. – AFP/UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya