PETALING JAYA: Tiga kali mencuba menerusi tiga beregu lelaki berbeza dan kali ini, melalui Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani, namun gelaran Asia yang dinanti-nantikan selama 17 tahun masih belum mampu dijelmakan. Semalam, Sze Fei-Izzuddin yang menghuni ranking ke-19 dunia gagal mencipta kejutan di pentas akhir apabila mereka kecundang di tangan beregu No. 3 dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang 17-21, 21-15, 10-21 pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Asia, di Ningbo, China. Sze Fei-Izzuddin melengkapkan hatrik beregu Malaysia selaku naib juara, selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya