PETALING JAYA: Datuk Azizulhasni Awang akan mengetuai kontinjen basikal trek negara bersama Muhammad Shah Firdaus serta Nurul Izzah Izzati Mohd Asri ke Sukan Olimpik Paris 2024, Julai ini. Setiausaha Agung Persekutuan Berbasikal ASEAN (ACF), Datuk Amarjit Singh Gill berkata, ketiga-tiga pelumba negara itu secara tidak rasmi layak secara merit dan akan mewakili acara pecut dan keirin pada temasya sukan empat tahun sekali itu. Izzah mencipta kejutan menempah namanya ke Paris selepas mempamerkan peningkatan semasa bertanding dalam Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 2024 di Kanada. Bagaimanapun, pelumba berusia 21 tahun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya