PERTUBUHAN Buruh Antarabangsa (ILO) meraikan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia (OSH), pada 28 April setiap tahun. Matlamat utama sambutan ini sebagai platform untuk mengenang kembali dan menghargai pekerja yang terlibat dengan kemalangan dan penyakit pekerjaan serta mempromosi budaya berkaitan OSH. Tema sambutan pada tahun ini ialah Kesan Perubahan Iklim Terhadap Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Dewasa ini, rata-rata membincangkan isu perubahan iklim dunia dan kini sudah tiba masanya pihak industri mempertimbangkan bagaimana perubahan alam sekitar akan mempengaruhi aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Fenomena perubahan iklim berlaku akibat aktiviti manusia seperti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya